ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN
*Makan hanya bila terasa lapar
*Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan
air dan seboleh-bolehnya dengan sabun
*Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…"
*Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
*Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang
*Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu
pencernaan
*Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
*Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
*Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
*Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
*Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah
*Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’
March 17th, 2006 at 8:40 pm
boleh la tahan…
June 19th, 2006 at 7:37 pm
greaaat………